Saturday 12 October 2013

Fitnah terhadap Tabung Baitulmal Sarawak

Fitnah terbaru, Free Malaysia Today (FMT) bertajuk "Wang zakat bukan dana politik" (10hb October) seakan membuat "dalil"nya sendiri dengan menekankan "Wang zakat merupakan hak milik golongan yang berhak menerimanya, justeru tidak boleh dijadikan sebagai modal perniagaaan."



FMT juga berkeras menyatakan  wang zakat merupakan hak milik golongan yang berhak menerimanya, justeru itu Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) tidak boleh dijadikan sebagai modal perniagaaan atau dana pelaburan oleh pihak ketiga tersebut atas  apa-apa jua alasan  seperti bagi menambah aset-aset  golongan yang miskin dan kurang bernasib baik.



Tahukah FMT, semua wang kutipan zakat Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) yang digunakan ke arah bantuan dan pembangunan masyarakat Islam telah mendapat persetujuan dari Pejabat Mufti Negeri untuk mematuhi tuntutan dan kehendak Syariah.



Jaminan ini telah diberi oleh  Mufti Negeri Sarawak Sahibus Samahah Datu Haji Kipli Haji Yassin yang turut memberi jaminan bahawa semua penyumbang zakat tidak perlu was-was atau bimbang dengan pengagihan atau pengunaan dana zakat dan dana perbendaharaan mesti mendapat kelulusan dari Pejabat Mufti Negeri.



Dalam erti kata lain, setiap permohonan mengenai pengagihan segala tindakan dalam operasi hariannya dikawalselia oleh undang-undang dan peruntukan yang sewajarnya dan pematuhan kepada undang-undang yang termaktub di negeri ini.






Dakwaan FMT mengenai TBS  dipercayai menyalahgunakan duit zakat untuk berurus niaga dalam pasaran saham (Bursa Saham Malaysia)  dan rugi berjuta-juta  ringgit dalam "perjudian" tersebut serta "menerima laporan yang sahih bahawa berjuta-juta ringgit wang zakat  pernah dipergunakan sebagai dana pilihanraya oleh Pengerusi TBS  bagi membiayai perbelanjaan calon-calon  PBB dalam PRN" nyata adalah fitnah semata-mata.



Tidakkah FMT mengambilkira segala dana TBS diuruskan dengan sewajarnya kepada undang-undang dan piawaian yang ditetapkan dan semua hasil resit rasmi penerimaan telah direkodkan untuk tujuan penyediaan penyata kewangan dan audit oleh Jabatan Audit Negara?



FMT juga harus mengambilkira, masyarakat Islam, khususnya di Sarawak bukanlah sebodoh yang sangka untuk makan hasutan yang sedemikian rupa kerana selama ini, TBS telah membela nasib orang Islam di negeri ini dengan menghulurkan bantuan  kepada mereka yang memerlukan. 



Siapakah FMT untuk mempertikaikan TBS, Jabatan Mufti Negeri Sarawak, Jabatan Audit Negara dan Rakyat Islam Sarawak?
Sumber: theunreportednews.blogpsot

No comments:

Post a Comment