Saturday 12 October 2013

Fitnah terhadap Tabung Baitulmal Sarawak

Fitnah terbaru, Free Malaysia Today (FMT) bertajuk "Wang zakat bukan dana politik" (10hb October) seakan membuat "dalil"nya sendiri dengan menekankan "Wang zakat merupakan hak milik golongan yang berhak menerimanya, justeru tidak boleh dijadikan sebagai modal perniagaaan."



FMT juga berkeras menyatakan  wang zakat merupakan hak milik golongan yang berhak menerimanya, justeru itu Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) tidak boleh dijadikan sebagai modal perniagaaan atau dana pelaburan oleh pihak ketiga tersebut atas  apa-apa jua alasan  seperti bagi menambah aset-aset  golongan yang miskin dan kurang bernasib baik.



Tahukah FMT, semua wang kutipan zakat Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) yang digunakan ke arah bantuan dan pembangunan masyarakat Islam telah mendapat persetujuan dari Pejabat Mufti Negeri untuk mematuhi tuntutan dan kehendak Syariah.



Jaminan ini telah diberi oleh  Mufti Negeri Sarawak Sahibus Samahah Datu Haji Kipli Haji Yassin yang turut memberi jaminan bahawa semua penyumbang zakat tidak perlu was-was atau bimbang dengan pengagihan atau pengunaan dana zakat dan dana perbendaharaan mesti mendapat kelulusan dari Pejabat Mufti Negeri.



Dalam erti kata lain, setiap permohonan mengenai pengagihan segala tindakan dalam operasi hariannya dikawalselia oleh undang-undang dan peruntukan yang sewajarnya dan pematuhan kepada undang-undang yang termaktub di negeri ini.






Dakwaan FMT mengenai TBS  dipercayai menyalahgunakan duit zakat untuk berurus niaga dalam pasaran saham (Bursa Saham Malaysia)  dan rugi berjuta-juta  ringgit dalam "perjudian" tersebut serta "menerima laporan yang sahih bahawa berjuta-juta ringgit wang zakat  pernah dipergunakan sebagai dana pilihanraya oleh Pengerusi TBS  bagi membiayai perbelanjaan calon-calon  PBB dalam PRN" nyata adalah fitnah semata-mata.



Tidakkah FMT mengambilkira segala dana TBS diuruskan dengan sewajarnya kepada undang-undang dan piawaian yang ditetapkan dan semua hasil resit rasmi penerimaan telah direkodkan untuk tujuan penyediaan penyata kewangan dan audit oleh Jabatan Audit Negara?



FMT juga harus mengambilkira, masyarakat Islam, khususnya di Sarawak bukanlah sebodoh yang sangka untuk makan hasutan yang sedemikian rupa kerana selama ini, TBS telah membela nasib orang Islam di negeri ini dengan menghulurkan bantuan  kepada mereka yang memerlukan. 



Siapakah FMT untuk mempertikaikan TBS, Jabatan Mufti Negeri Sarawak, Jabatan Audit Negara dan Rakyat Islam Sarawak?
Sumber: theunreportednews.blogpsot

Monday 7 October 2013

DAP ragu zakat dikeluarkan diterima ALLAH!

Dap Sarawak baru baru ini mendakwa bahawa penyumbang penyumbang zakat khususnya dari Sarawak tertanya tanya mana pergi Zakat yang mereka sumbang?

Sebenarnya siapa yang tertanya tanya ini? Bagi aku yang jahil agama ini berpendapat bagi setiap sumbangan ikhlas ke arah kebaikan , yang menerima pastinya Allah !

Namun bagi SYAITAN.. akan berusaha untuk memastikan setiap amalan kebaikan yang dilaksanakan diragui diterima Allah dan berburuk sangka sesama umat islam sendiri. Inilah kejayaan Syaitan.

Aku yakin yang memulakan pertanyaan ini bukan di kalangan umat islam tetapi Syaitan bertopengkan manusia yang ingin menyimpangkan akidah umat islam dan memecah belahkan perpaduan umah demi kejayaan mereka.!


Tuesday 1 October 2013

Kenyataan Media Pendaftaran Pertubuhan Behubung Penipuan Lim Guan Eng DAP


Pendaftar Pertubuhan di sini ingin menerangkan sekali lagi lagi tentang isu Pemilihan CEC DAP khasnya untuk pemahaman semua yang terlibat secara langsung dalam hal ini memandangkan tindakan pemimpin DAP yang mendukacitakan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng harus belajar membaca dan memahami apa yang telah dinyatakan oleh ROS mengenai pemilihan semula CEC DAP. ROS tidak pernah menyatakan yang DAP tidak boleh mengadakan ‘Special Congress’ tetapi hanya telah mengingatkan DAP supaya mengikut peruntukan-peruntukan dalam Undang-undang tubuhnya sendiri semasa mengadakan pemilihan semula tersebut. Dalam hal ini penghantaran Notis Panggilan kepada ahli dalam tempoh 10 minggu sepertimana yang tercatat di dalam Undang-undangnya harus di patuhi.

Harus di tekankan disini bahawa DAP telah menghadapi tindakan mahkamah oleh ahli-ahlinya sendiri dan ini tidak ada kaitan sama sekali dengan ROS, memandangkan ahli-ahlinya sendiri telah membawa perkara mengenai pemilihan CEC DAP yang tidak teratur ke muka pengadilan. Adalah tidak wajar ROS di kaitkan dalam hal ini memandangkan tindakan ini daripada akar umbinya sendiri.

Namun demikian, walaupun Seksyen 18C, Akta Pertubuhan 1966 menyatakan hal ehwal parti adalah muktamad dan konklusif serta tidak boleh dibawa ke mahkamah tetapi ini tidak bererti ROS tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan demi menegakkan kebenaran khasnya bila hak ahli-ahlinya terjejas.

Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) adalah suatu Akta yang telah diluluskan oleh Parlimen dan semua pihak harus menghormatinya dan ROS yang bertanggungjawab dalam menguatkuasakannya.

DATO’ ABDUL RAHMAN BIN OTHMAN
Pendaftar Pertubuhan Malaysia
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia